Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong besar-besar jadi menteri.
Kerapu ikan merah parang keli tilapia
Makan harta rasuah boleh ke Putrajaya.
Nuri barat-barat aji-aji buntal cermin
Curi duit rakyat boleh jadi Ahli Parlimen.
Kerisi kunyit-kunyit bilis pari sesirat
Menteri perut buncit rakyat hidup melarat.