Ya Tuhan,
Sungguh sungguh aku takut akan Mati
Aku takut bila jantungku t’lah terhenti
Dan jarum masa enggan berputar lagi
Tuhanku,
Aku tak sanggup menerima hakikat
Bahawa Kehidupan ini seolah sesaat
Dan aku sebenarnya t’lah lama tersasarsesat
Ya Tuhan,
Berikan aku masa lagi untuk berghairah
Masa untuk aku berbesarmegah
Bermandi dalam syurga duniawi mewah
Tuhanku,
Sungguh sungguh hidupku berdagangbeli
Kuasa, perempuan, hidup berpuji -
Berapa harga redhaMu, Ilahi?