Jalur merah putih itu,
Berselang seli menyulam darah dan keringat,
Memaksa sebangsa agar tekun mengingat
Pengorbanan dulu.
Medan biru melaut,
Kanton megah yang terhampar aman,
Lambang hikmah sebuah kebangsaan,
Padamu kami berpaut.
Sabit dan bintang,
Kuning payungan gemilang daulat,
Setianya kami teguh tiada bersyarat,
Selamanya dijulang.