Apa cara melawan letih
Letih jiwa dibeban lesu
Berat mata memandang sedih
Berat jua bahu memangku
Letih badan bagai dicincang
Cincang hati bercicah duka
Sakit tuan bukan kepalang
Sakit kami merana sama
Putus tali boleh disambung
Jangan pula berputus asa
Doa kami pada Yang Agung
Moga Allah mudahkan jua.