These days I can’t tell
the difference between the
cops and the robbers.
Tentang Talaq
Retak menanti
belah. Kita terasing,
meledak sepi.
Tentang Keterasingan
Masa berlalu:
Empat puluh lima, dan
Kau belum mati.
Tentang Deruan Hari
Dalam deruan hari-harimu
Apakah mungkin terlintas di fikiranmu
Bahawa semua gembar-gembur kehidupan seharian ini
Adalah umpama buih-buih pada wajah samudera
Terlambung seketika di udara
Terwujudnya sedetik cuma
Dan akhirnya terlucut dari pentas dunia?
Tentang Jenuh Pencarian
Jenuh kau mencari
Jalan pulang ke azali
Setapak demi setapak
Kau harungi titian rapuh
Kau susuri setiap selekoh
Dan kini akhirnya
Kau bertemu jalan penghujung
Setiap onak duri
Setiap luka ngeri
Telah mengiring kau ke sini
Kini, di medan ini
Segala dosa pahala
Segala gundah gembira
Segala sengit saksama
Tamat dan bersemadi
Pupus tiada kembali.
On Icebergs
Everyone you meet today
is an iceberg:
what you see is what is
above the surface,
but underneath the waves is
a universe of hidden things:
Love and
Pain and
Joy and
Lust and
Hurt and
everything else that makes you and I
Real.
Tentang Secangkir
Secangkir kopi semanis puan
Buat pembuka hari terindah
Syukur hati bertindan-tindan
Kasih adinda perawat gundah.
On My Undivided Time
All I can give you
is my undivided time,
here and now,
to listen to
what you have to say.
To sympathise,
to commiserate,
to suggest,
to advise.
There is not much else
that I can give,
or would want to give.
This is it.
Take it as it is.
Tentang Galuran Hidup
Awal pagi berkolek tenang
Awan putih menaung redup
Dua rakan mata bertentang
Kongsi kisah galuran hidup.
Tentang Kemahuan
Apa erti hidup duniawi?
Banting tulang cari rezeki
Apa perlu hidup berserbi?
Cukup dengan redha Ilahi.