Today’s Three Things V

  1. Many Malaysians have been complaining about a lack of direction for the Malaysian economy. Today, PM Anwar Ibrahim announced his vision: Ekonomi Madani, Memperkasa Rakyat. The announcement itself is worthy of dissection, which I hope to find time to do some time soon. For now, I can say this: I like the level of Ambition. Top 30 economy in the World! Now, we await the details of how we are supposed to get there.
  2. Anyone who knows some basic amount of physics would know that room-temperature superconductivity is a Holy Grail that could change the way we live. Is LK-99 the new material that would take Moore’ Law to the next level? Some folks are skeptical.
  3. This is the kind of level of Ambition that is needed to take Malaysia to Top 30. One Gigawatts! (And am I the only one here who suddenly thought: hey that sounds familiar!)

Tentang Reformasi, Tatakelola dan Madani

Selama lebih 20 tahun, Anwar Ibrahim yang dipenjara dan diusir dari pentas politik negara telah berjuang atas dasar reformasi institusi dan undang-undang negara. Selama mana beliau dihumban ke balik tirai besi dan dihina dicaci, selama itulah pesan dan seruan beliau itu bergema besar dalam dewan fikrah politik tanahair.

Mana tidaknya: selama lebih enam dekad Barisan Nasional mentadbir Malaysia, sungguhpun pelbagai kejayaan dan kemajuan telah tercapai, sungguhpun anak watan Malaysia telah mengecapi peningkatan mutu hidup dan kemewahan yang tidak mungkin ternafi, namun harus diakui juga bahawa dalam masa tersebut, semakin bertimbun juga akronim-akronim yang memalukan dan menjelekkan: BMF. 1MDB. SRC. NFC. LCS. Dan ini cuma yang diketahui umum – entah berapa juta bilion lagi harta negara yang telah tumpah ke tangan segelintir kecil dengan cara-cara yang licik dan tersembunyi, sepertimana terjarahnya Felda dan Mara dan Tabung Haji.

Malah boleh dikatakan bahawa sejarahbesar politik tanahair telah dilakar oleh kerosakan tatakelola negara, serta penolakan rakyat terhadap para pemimpin yang mengabaikan tatakelola yang baik. Kemarahan politik Melayu yang paling marak dalam sejarah tanahair adalah lahir daripada gerakan Reformasi yang membela nasib Anwar Ibrahim pada ketika itu. Rata-rata orang Melayu merasakan bahawa Anwar Ibrahim pada waktu itu terzalim, dan jatuhnya Anwar Ibrahim pada waktu itu daripada tampuk kekuasaan bukan sahaja atas dasar perebutan kuasa semata-mata, tetapi akibat usaha segelintir yang ingin menyelamatkan kepentingan ekonomi mereka dalam suasana ekonomi serantau yang gawat dan tersengat. Meskipun UMNO dan BN masih gagah meraih undi dua-pertiga di Parlimen pada pilihanraya umum 1999, jelas kini bahawa bibit-bibit kejatuhan Barisan Nasional pada tahun 2018 telah mula tersemai pada tahun 1997 lagi. Kejatuhan dan pemukulan Anwar Ibrahim telah mengakibatkan suatu exodus di kalangan ramai golongan profesional dan kelas menengah Melayu pada waktu itu, yang akhirnya menjelma semula dalam kebangkitan PAS serta penguasaan PKR di kebanyakan kerusi Parlimen di kawasan bandar, di samping meruntuhkan sokongan golongan bukan Melayu kepada sekutu-sekutu UMNO dalam Barisan Nasional, iaitu MCA dan MIC.

Dalam kerangka ini, jelaslah bahawa kemenangan besar Pak Lah pada tahun 2003, dan seterusnya kehilangan majoriti dua-pertiga di Parlimen dan kekuasaan BN di lima negeri pada tahun 2008, boleh dilihat dari perspektif tatakelola: rakyat Malaysia amat mengharapkan kepada kepimpinan baharu Barisan Nasional untuk mengurus kejayaan dengan cara memperbaiki tatakelola serta hak-hak berdemokrasi di zaman pasca-Mahathir, dan apabila peningkatan tatakelola dan tadbirurus dilihat terlalu tawar dan tidak cukup serius, ditambah pula dengan keterhimpitan daripda peningkatan kos hidup seharian yang begitu mendadak, maka kepimpinan yang sama telah ditolak secara besar-besaran di kalangan para pengundi.

Begitu juga, prestasi Barisan Nasional pada tahun 2013 yang jauh rendah daripada pengharapan dapat juga dilihat dari sudut kekecewaan rakyat terhadap usaha perubahan sosioekonomi dan politik yang dilihat terlalu terkompromi: pengenalan konsep “1Malaysia” memberi obor harapan kepada ramai rakyat yang dahagakan perubahan, tetapi selain daripada usaha transformasi ekonomi yang giat, dapat juga dikesan bahawa struktur politik dan sosiobudaya negara masih terjerat dalam keadaan status quo. Kes Altantuya yang mencurigakan, serta bisik-bisik berkenaan kes 1MDB yang semakin berlegar, turut mengeruhkan kepercayaan rakyat.

Lantas, apabila hasil pilihanraya 2013 menunjukkan hasil yang hambar dan mengecewakan, Najib Razak telah mengolah semula skrip politik yang lebih menekankan pendekatan kaum yang lebih sempit dan eksklusif, dengan harapan bahawa pemusatan tenagausaha politik ke arah konsep pemerkasaan Melayu dan Bumiputera boleh melenyapkan kemarahan rakyat terhadap pembongkaran kes 1MDB yang menyebabkan seluruh negara, malah dunia, malu dan mual.

Maka tahun 2018 sepatutnya menjanjikan suatu fajar baru dalam dunia politik Malaysia: kemenangan sebuah gagasan politik yang juga bersikap pancakaum sepertimana Barisan Nasional, tetapi bezanya, ia lebih serius dan tegas tentang soal tatakelola dan usaha memerangi rasuah. Gandingan maestro otai Tun Mahathir dan juara reformasi Anwar Ibrahim telah menangkap dayacita rakyat yang dahagakan perubahan dan menolak rasuah dan perompakan.

Sayangnya, tampuk kerajaan pada 22 bulan itu telah diculik oleh segolongan elit yang lebih berminat untuk melemparkan penghukuman kepada seteru ekonomi dan politik mereka. Pada masa yang sama, seolah berlaku “perang saudara”, khususnya di antara golongan konservatif Melayu yang menentangi kalangan liberal bukan-Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan yang akhirnya membawa kepada Langkah Sheraton dan peralihan kerajaan. Janji-janji perubahan reformasi sekali lagi menjadi bahandagang yang terpinggir dalam perseteruan politik yang meremehkan keperluan warga demi kepentingan politik peribadi.

Keputusan pilihanraya umum pada tahun 2022 sepatutnya menjadi suatu keinsafan kepada para pemuka politik negara. Selepas pergolakan sedunia akibat pandemik Covid-19, politik Malaysia kembali memberi kejutan apabila tiada satu pun gagasan politik yang memenangi sokongan terang-terangan daripada para pengundi. Satu persatu kerusi parlimen yang dipegang oleh UMNO, yang masih bergelumang dengan skandal rasuah, telah dibaham oleh Bersatu dan PAS yang dilihat memiliki momentum, walaupun gagal untuk menang secara keseluruhan. Kerajaan baharu akhirnya dapat juga didirikan dengan cara bersekongkol dengan kelompok politikus UMNO-BN yang dahulunya diejek sebagai golongan penyamun. Undi KJ dapat Zahid, undi Ramanan dapat Zahid, undi Anwar pun dapat Zahid: begitulah multiverse politik Malaysia yang penuh dengan kejutan dan kekecewaan.

Kekecewaan ini masih lagi belum terubat. Di bawah Kerajaan Perpaduan ini, warga Malaysia seolah dirayu untuk melupakan hakikat bahawa seorang Timbalan Perdana Menteri sedang berdepan dengan 47 dakwaan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Kita diminta untuk menerima bulat-bulat bahawa siasatan terhadap seorang hakim oleh sebuah agensi penguatkuasaan kerajaan bukan merupakan balastuba akan keberanian untuk menjatuhkan hukuman ke atas seorang mantan Perdana Menteri. Kita dianjurkan untuk tidak terlalu cemas apabila salah sebuah parti tonggak dalam kerajaan dengan terang-terangan memberikan sokongan tegar kepada seorang perasuah yang telah ditolak bulat-bulat oleh rakyat Malaysia dalam sebuah pilihanraya umum tidak berapa lama dahulu. Kita diminta untuk jangan terlalu mendesak apabila masih ada lagi kontrak konsesi kerajaan yang disembunyikan melalui Akta Rahsia Rasmi, walaupun umum mengatahui kontrak sebegini adalah antara cara utama di mana harta rakyat disedut keluar masuk ke poket para pemaju dan rakankongsi politikus mereka. Yang paling mutakhir, Akta Hasutan yang dahulunya dicemuh sebagai undang-undang draconian yang kejam dan zalim, sekali lagi digunapakai untuk menutup mulut seteru politik yang dianggap terlalu vokal. Seolah-olah janji reformis yang dijaja selama ini tiba-tiba dikesampingkan apabila kuasa sudah berada dalam tangan.

Masih awal sebenarnya dalam penggal kerajaan ini, dan masih banyak masa untuk kerajaan ini membuktikan keseriusannya dalam memperbaiki tatakelola dan tadbirurus negara. Soal pembasmian rasuah, pendanaan politik, kebebasan bersuara, ketelusan kontrak kerajaan – kesemuanya memerlukan perhatian dan pembetulan. Sebagai seorang Perdana Menteri yang telah membina platform dan sokongan politik yang padu atas dasar pendekatan yang reformis dan berani, inilah masanya untuk semua janji reformis yang telah ditabur selama bertahun agar akhirnya dibaja dan dituai. Sekadar menyebut “tatakelola” berulang kali tidak akan merubah struktur dan rupa negara yang dahagakan pembaharuan dan perubahan. Tiba masanya untuk “execute, or be executed.”

On Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi, and Madani

Overheard earlier today:

“You know, if I was Anwar Ibrahim, at that point when they were negotiating for UMNO and BN to join the Kerajaan Perpaduan, Anwar should have just told Zahid: ‘Sorry bro, I do need you and your team with me in this Government, but I cannot have you in my Cabinet – I spent the past 15 years talking about Reformasi, and now that I’m about to become Prime Minister, I want to have a government that’s whiter than white. Your UMNO colleagues can come in, but for you, not yet. Stay out of Cabinet dulu, clear your name in court. And when you’re properly exonerated, I will happily make room for you in my Cabinet. Otherwise, all my rhetoric about Reformasi and tatakelola would be meaningless and hollow.’

“And you know, if Anwar actually said this, I am pretty sure that Zahid would simply play along. He had no other choice. And we would have had a very different tone to the start of this Kerajaan Perpaduan.

“Now look at us. Nak sebut nama dia kat ceramah pun tak selera. Susah bro.”

“Yalah. What to do. Madani, bro.”

-Tammat-