Dentum guruh di langit kelam
Tanda bumi bakal terhujan
Kelam lagi hati yang suram
Deru tangis tiada tertahan
#427 Tentang Kelab Abah Tabah
Kelab Abah Tabah namanya
Medan gabung ayah terdebar
Lihat anak dara jelita
Mata jantan liar menjalar!
#425 Tentang Hari Raya Yang Bakal Menjelma
Hari Raya bakal menjelma
Manis senyum makin melebar
Buang duka buanglah lara
Moga bahgia meranum mekar.
#424 Tentang Busuk Hati
Walau pangkatmu setinggi mana
Walau kuasamu menakluk buana
Walau darjatmu berpayung takhta
Walau masyhurmu semerbak bunga
Kalau jahat tetap terlihat
Kalau busuk pasti terciduk
Kalau bodoh terpamer sungguh
Selamanya tetap terkutuk.
#423 Tentang Kerambangan Mata di Bulan Ramadan
Gulai daging dan ayam kurma
Ayam goreng berdamping sambal
Kari ayam dan kuah dalca
Ikan keli dan ikan bawal
Pulut panggang, karipap daging
Gado gado berkuah kacang
Sayur kacang dihiris ramping
Kari kambing merbak terhidang
Kueteow goreng dan macaroni
Nasi lemak dan asam laksa
Rambang mata tercuit hati
Pilih satu, pilih semua?
#415 Tentang Jentera Perkhidmatan Awam
Dari turus hingga ke dasar
Berdayungan gerak sederap
Walau riuh gempita gegar
Utuh arah tiada tersangap.
#412 Tentang Marak Amarah
Obor marah dipalu gendang Isu kecil diapi-api Nama Allah dibuat dagang Demi raih laba duniawi Apa erti puasa Ramadan Apa makna iman di hati Jika zalim kau perlakukan Jika asyik berbatuapi? Hentikanlah marak amarah Usah leka nafsu tergalak Jauhilah sifat mazmumah Jadi Muslim sebaik akhlak.
#411 Tentang Menagih Belas
Kasih Tuhan melimpah luas
Membanjiri seluruh alam
Aku pasrah menagih belas
Moga Kasih tak pernah redam.
#405 Tentang Menolak Ammarah di Bulan Ramadan
Tenang jiwa dalam Ramadan Waktu tuai amal ibadah Usah sakan menghasut baran Tolak fitnah tolak ammarah.
#402 Tentang Takdir
Tiap insan seawal lahir
Sabar tabah menanti takdir.