Dear friend,
You asked me about Regrets:
All I can say is that my own Youth,
Like that of many others, has had its trials.
I've wrestled with the shifting sands of my own flailing Truths;
The shifting quicksands of my own lies and denials.
In this time, my years of unrelenting middle age,
I look at my youth with no small amount of wonder;
My younger self was no daredevil, nor sage;
And now my life's laid bare to Time's plunder.
And yet, what's done is done - I'll own it all,
We are all servants in His majestic thrall.
#555 Tentang Martinus
Dulu kau meraja
Tumbuk terajang kau hadiahkan
Pada budak hingusan
Yang tak mampu melawan
Kini kau melata
Senyum kerang kau pasangkan
Pada wajah hodoh
Yang kau pamerkan demi kudapan
Kami tak akan lupa
Muka babi seorang pencedera.
On a Prayer for Serenity
God save us from our own stupidity
Our wanton wrath and monstrous selfishness
Protect us from our own cupidity
And grant us calm serene from all duress.
Tentang Ketemuan
Siapa sangka dari sejuta Insan yang ada di bumi Kita harus ketemu jua Dua jiwa, hati terpatri. Dari awal engkau ragui Apa erti hidup bersama Syak wasangka kita lunturi Yakin hati berjalin cinta Apa maksud hidup berliku Sunyi jiwa terpadam kini Shair hidup memuji kamu Redup hati damai abadi.
Tentang Kesamaran
Burung gagak terkurung duka
Sesak dalam cengkaman sangkar
Arah mana negarabangsa?
Sesat dalam cahaya samar.
On Avoidance
I don't want to see you for coffee,
or lunch,
or whenever.
I find you tiresome,
clichéd,
forced.
But I admire your persistence,
though.
Looking forward to your next text message,
which will sadly remain
unread,
unanswered,
unloved.
Tentang Kewargaan
Pertama kali saya benar-benar menguliti istilah “warga” adalah pada tahun 2009, apabila mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (yang lebih mesra digelar “Pak Lah”), sedang menyiapkan ucapan besar yang terakhir buat beliau, iaitu ucapan terakhir beliau di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Mac tahun tersebut. Sebuah jawatankuasa kecil telah disusun untuk membantu dalam proses penggubalan deraf ucapan tersebut, yang mana saya merupakan salah seorang pegawai kepada Pak Lah pada ketika itu, dan menjadi salah seorang ahli muda dalam jawatankuasa tersebut. Pena utama dalam jawatankuasa tersebut dipegang oleh Datuk Seri Annuar Zaini, mantan Pengerusi Bernama yang juga merupakan salah seorang penasihat yang dipercayai oleh Pak Lah. Dalam deraf ucapan pertama yang dirangka oleh Datuk Seri Annuar Zaini, beliau menekankan kepada konsep “warga” sebagai suatu teras dan tonggak utama yang mendasari retorika deraf ucapan tersebut.
Maka setiap kali saya bersemuka dengan perkataan “warga” ini, saya senantiasa teringat akan proses penggubalan ucapan tersebut, yang sememangnya sarat dengan melankolia dan juga kesyukuran. Hakikatnya, pada waktu Perhimpunan Agung itu, telah jelas bahawa UMNO telah hilang kepercayaan kepada Pak Lah, dan Timbalan beliau pada ketika itu iaitu Dato’ Sri Najib Tun Razak telahpun ditunjuk sebagai “heir apparent” untuk jawatan Presiden dan Perdana Menteri. Pak Lah pada ketika itu sememangnya dirundung kesedihan, khususnya dengan pencapaian UMNO dan Barisan Nasional yang begitu mengecewakan dalam pilihanraya umum yang berlangsung pada bulan Mac 2008.
Warga. Istilah ini jarang sekali kita ketemui, melainkan dalam konteks perkataan “warganegara” yang tertera pada setiap kad pengenalan seseorang rakyat Malaysia. Dan istilah “warga” ini, pada hemat saya, adalah suatu istilah yang terpinggir, yang sepatutnya lebih menonjol dalam perbahasan dan perbincangan politik dan budaya nasional, tetapi amat kurang mendapat perhatian.
Istilah yang lebih popular, iaitu “rakyat”, adalah suatu istilah yang bersifat “leper”, yang sekadar menerangkan: ya, inilah orang-orang yang menjadi populasi dalam sesebuah negara. Deskriptif semata-mata. Memanglah perkataan “rakyat” itu ada kaitan yang menghunus – yang membandingkan “rakyat” dibawah “raja ”, yang meletakkan “rakyat” sebagai kuasa dan pemegang daulat dalam sesebuah demokrasi.
Tetapi bandingkan pula dengan istilah “warga”, yang mengimbau hakikat hak-hak dan jaminan buat seseorang yang telah termaktub dalam perlembagaan sesebuah negara. Jika dibandingkan dengan istilah “rakyat”, maka perkataan “warga” itu pada saya lebih “bujur” sifatnya: seseorang warga itu diiktiraf sebagai seseorang yang mempunyai hak di bawah perlembagaan negara, sebagai seseorang yang mendapat pelbagai jaminan hasil dari kewargaannya – keselamatan diri, kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan, perlindungan daripada perbuatan jenayah dan sebagainya. Seseorang warga itu juga adalah seorang yang hakikatnya berpunya kepada dan dipunyai oleh sesebuah negara: kewargaan adalah sifat seseorang yang bernaung kepada negara tanah tumpah darahnya, dan menaungi kedaulatan dan ketunjangan demokrasi dalam negara tersebut.
Bagi saya perkataan warga ini tepat sungguh dengan falsafah politik Pak Lah yang sarat dengan kerahmanan dan kerahiman: rahimnya seseorang pemimpin Melayu kepada masyarakat dan parti pimpinannya tidak boleh sesekali memadamkan kerahmanan yang perlu bagi menaungi dan memimpin seluruh negarabangsa Malaysia yang majmuk. Warga itu merujuk kepada hak-hak dan jaminan yang senantiasa absah, selagi wujud negara dan masyarakat Malaysia di bumi tempat kita berdiri ini.
Kesinambungan Malaysia sebagai sebuah negarabangsa hanya boleh wujud sekiranya kita mengambil insaf akan istilah warga ini, dan menyulami sepenuhnya falsafah kewargaan dalam politik dan budaya negara kita. Kita semua sebagai warga Malaysia telah mengambil ikrar taat setia kepada Raja dan Negara, dan ikrar ini seharusnya senantiasa diulangtegas dalam kehidupan seharian kita. Jangan terlalu taksub dengan kepompong bangsa dan agama kita masing-masing, sehingga kita lupa bahawa hakikat kewargaan Malaysia adalah asas serta benteng kewujudan dan kemajuan negara yang kita kongsi dan bina bersama.
On Carson McCullers’ The Heart is a Lonely Hunter
I just read this recently, and finished the book satisfied but also deeply ruminative.
The clue to this book is in the title: it is about a collection of people living in a poor rural town in the South of the United States of America, each plagued by loneliness in their own way.
The bar owner who loses his wife. The young girl making her way awkwardly into adulthood, and nursing a passion for music that she can share with no one else. The vagabond who sees too keenly the injustices around him, and is bursting with rage and socialist righteousness. The black man who worked his way up to become a doctor, only to find himself seething and raging against the continued oppression and privations of his people.
They all gravitate around John Singer, a man that most call simply “the mute”. Indeed, The Mute was supposed to be the original title of the novel, written at the age of 23 by a precocious young author. Almost unique for her time, Carson McCullers wrote of the sorrows and joys of simple people, and masters that very difficult art of shading each character’s narrative so that the reader can almost feel themselves living in the minds of these persons as they make their way through unremitting sadness and misfortunes, in a time when very few cared for the plight of the black man, or the poor.
I enjoyed this book. Each character was believable in their own individual loneliness, and as each of them sought the company of the mute to pour out their worries and sorrows, the reader gets a sense of how difficult life can get. The mute himself, even as he plays the oblique role of being the receptacle of others’ deepest concerns, is struggling with his own loneliness, which culminates in a tragic and senseless ending.
This was a 4-star read. Some rough edges here and there, understandable in the context of a young author finding her footing, but still miles ahead of many writers out there. Recommended.

Tentang Merewang
Pening serabut
Minda senggugut
Semuanya kalut
Otak di lutut
Masa terbuang
Bincang bercabang
Kata merewang
Hasilnya kurang
Asyik berlafzi
Lazat sendiri
Pulang berlari
Masa merugi.
Tentang Kecondongan
Aku rasa seakan condong
Bagai nyawa ini dihurung
Laut semut merah menyala
Gigit jerit mencebis nyawa
Runcing jiwa kala terhujung
Bagai nyawa ini terpuntung
Dinyah tepi tanpa berbelas
Habis madu sepah terhampas
Bagai karam ditengah laut
Pada Engkau aku berpaut
Lama sudah jiwa terumbang
Ampunkan 'ku sebelum tumbang.