Tentang Buruj

Demi langit yang menongkat buruj bintang
Dan demi hari yang dijanjikan
Demi sang saksi dan yang disaksikan
Binasalah empunya peparitan
Api nyala yang dimarakkan
Pabila mereka duduk disampingnya
Dan menjadi saksi kepada apa yang dilakukannya
Kepada golongan beriman
Yang tiada melainkan mereka percaya kepada
Yang maha kuasa
Yang maha empunya puja
Yang maha berdaulat pada langit dan bumi
Yang maha menjadi saksi

Dan mereka yang menyeksa golongan beriman
Dari lelaki mahupun perempuan
Dan tiada bertaubat
Bagi mereka azab yang berat
Bagi mereka seksa api yang marak hangat
Dan mereka yang beriman dan beramal ihsan
Bagi mereka taman-taman
Yang mengalir dibawahnya sungaian
Bagi merekalah Kejayaan

Benarlah azab-Nya maha berat
Dan Dialah yang mencipta dan yang mengembalikan
Yang mengasih dan yang mengampunkan
Tuhan yang memiliki takhta kemuliaan
Yang berkuasa atas segala hajat

Sudah sampaikah padamu perkhabaran
Kaum Firaun dan Thamud? Bahkan
Yang kafir akan berterusan mendustakan
Dan Tuhan, tiada kelihatan, melingkungi mereka sekalian!
Bahkan Qur’an itu penuh kemuliaan
Dalam suhuf yang kemas tersimpan.

Terilham oleh Surah al-Buruj

Tentang Naungan dan Ketakutan

Hanyalah yang sepatutnya menjaga
Tempat naungan Tuhan Maha Esa
Mereka yang yakin kepadaNya
Yakin pada Hari PengakhiranNya
Yang menjaga ibadah kepadaNya
Yang membayar zakat atas namaNya
Dan yang tidak takut kepada sesiapa
(Sungguhpun kepada hebatnya kuasa Amerika!)
Melainkan hanya Dia
Dan hanya dengan sedemikian jua
Maka mereka akan diberi pedomanNya.

Terilham oleh Q9: At Taubah 18

Tentang Perjuangan Cekal

Ayuh, mu’minin, berjuanglah!

Dua puluh yang cekal
Mampu menawan dua ratus
Dan seratus yang cekal
Mampu menawan seribu yang kafir bebal!

Dan Tuhan telah meringankan beban
Kerana Dia Tahu engkau berkelemahan

Maka seratus yang cekal
Mampu menawan dua ratus
Dan seribu yang cekal
Mampu menawan dua ribu
Dengan izin Allah ‘Azza wa Jall

Kerana Tuhan senantiasa bersama
Para mu’min yang cekal tawakkal!

Terilham oleh Q8: Al Anfal 65-66

On Waiting

"I thought I had already worked it out, you know
I've confronted the whole idea of
Him
And I've figured it all out
I did all that inner child work
And I'm free to choose my own path now
But I still cannot find it in me
To forgive him"

(And maybe forgive myself)

"Well, maybe that child is still waiting
Waiting
For his daddy to come home."


(And that broke me
Broke me again and shattered me into a million shards.)