BODOH itu satu penyakit
Yang kini tular menjalar menyepit
Seluruh batang tubuh sebangsa
Tersengat tak kira miskin mahupun kaya
BODOH jadi semakin liar
Bila JAHAT turut tersebar
Seluruh bangsa runtuh merana
Bila BODOH dan JAHAT bergabung kuasa
BODOH makin meracau kacau
Bila SOMBONG membikin sasau
Seluruh warga terhukum sama
Bila sang JADONG diberi kuasa
Benar kata pendeta ilmuwan
JADONG alat perisai shaitan
SOMBONG bikin pemimpin bebal
BODOH bikin bangsa tersial
JAHAT bikin negara gagal
Otak beku, taring bersiung
Marakbar kamu, pemimpin JADONG!